IKLAN

Wednesday 26 September 2012

TRICK OPERA MINI DIGI ANDROID

Salam sejahtera warga pengunjung blog sekalian, harap-harap korang sihat sahaja walaupun sekarang nampaknya hujan turun tak berhenti-henti. Banyakkan berehat dan minum air untuk mengelakkan deman dan penyakit-penyakit lain.


Kalau dalam post-post sebelum ni saya banyak menjahanamkan trick-trick Celcom dan Makshit, pada post kali ni, saya terasa nak sedekah pula trick opera mini Digi untuk handset android kesayangan korang. Trick ni sebenarnya dah lama ada dan sampai sekarang masih ok lagi macam celcom. Speed pun  laju cuma saya dah tak pakai trick ni sebab area rumah takda coverage 3G..damn.

Friday 21 September 2012

BUKA GOOGLE PLAY DARI PC


Jika sebelum ni saya ada membuat post tentang cara-cara nak simpan file apk yang dah didownload daripada Google play, pada post kali ni pula saya akan tunjukkan korang tentang cara macam mana nak buka Google play dan download file apk tu di Pc korang. Kali ni saya akan cuba buat post seringkas mungkin sebab dh mengantuk gila semalaman tak tido..huhu.

Bahan-bahan yang korang perlukan:

1)Software Real APK Leecher. Sedut kat sini.
2)PC @ Laptop
3)Android phone.

CARA-CARA ROOT SAMSUNG GALAXY MINI 2

Samsung Galaxy Mini 2 yang dilancarkan beberapa bulan lepas adalah handphone bajet dengan spec yang best. Ia jauh lebih baik daripada samsung Galaxy Young yang dilancarkan pada pertengahan tahun 2011 yang lepas. Saya pasti handphone ni akan menjadi 'femes' sebab harganya yang murah ditambah pulak dengan hardware yang boleh tahan hebatnya untuk handset sekelasnya.


Pada kali ni saya akan tunjukkan korang cara macam mana nak menjahanankan warranti Galaxy mini 2 korang tu dengan men'root' handphone ni. Jangan tanya sebab apa nak kena root? apa kesannya? apa yang bestnya? kenapa harga gula naik? kenapa harga sekerap jatuh? dan segala mak nenek lagi. Kalau nak root handphone mahal korang tu mesti ada sebabnya, betul tak?.

Wednesday 12 September 2012

TRICK CELCOM YOUTUBE DI PC PART 2

Salam satu benua semua. Rasanya macam dah jarang sangat saya update blog ni sejak kebelakangan ni. Mungkin saya patut tukar je tema blog ni kepada 'Blog Malas', sesuai dengan tuan punya blog. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sentiasa masuk ke blog ni walaupun jarang update. Jasa korang teramat tinggi nilainya disisi counter stat blog ni..hehe.


Sebelum ni saya ada membuat satu post tentang trick youtube di pc dan tak lama lepas tu trick tu dah tak boleh guna lagi. Tentu ramai yang dah tau trick tu sebenarnya adalah dari trick Sneakme.net yang cuma ditukar kepada ip numeric je. Ada juga komen yang bertanya samada TokCik Celcom dah block trick tu ke? Jawapannya, TIDAK. Sneakme.net sebenarnya dah 'tutup kedai' dan Celcom masih lagi pemurah dan jarang block trick-trick baru(horee kepada Celcom dan boo kepada Maxis!!).

SIMPAN FILE APK SELEPAS DOWNLOAD DARI GOOGLE PLAY

Google Play adalah salah satu applikasi yang memang wajib ada kalau korang menggunakan handphone ataupun tablet yang menyokong Operation System(OS) Android. Seperti mana Nokia dengan OVI nya dan Iphone dengan Apps Store nya, Google play mempunyai himpunan aplikasi-aplikasi yang cukup banyak sebab sesiapa saja dengan mudahnya boleh upload aplikasi diorang ke sini.


Tapi, masalah utama yang selalu berlaku kepada penguna-pengguna aplikasi 'pasar borong' ni adalah keupayaan untuk simpan file-file yang dah didownload tadi ke handphone diorang(ye la, kalau simpan senang sikit nak share dengan member2 dan boleh buat backup file kalau offline).

Tuesday 4 September 2012

CARA MASUKKAN PROXY SERVER DIDALAM MICROEMULATOR

Wahai pengunjung blog sekalian, ketahuilah bahawasanya apa yang akan korang baca dibawah merupakan paparan yang mengandungi kandungan 18XL. Oleh itu, orang-orang cacat penglihatan, bayi-bayi dibawah 2 bulan, ibu-ibu mengandung 10 bulan dan pelajar-pelajar sekolah yang baru nak ambik PMR dan SPM dinasihatkan supaya tidak membaca post ini..demi masa depan korang. You've been warned!.



Pada post-post yang lepas, saya ada membuat tutorial tentang cara menggunakan operamini di pc dengan menggunakan software Microemulator. Maka ramailah yang berebut-rebut nak belajar tentang cara tersebut(ye ke?).

Monday 3 September 2012

CARA HENTIKAN NOTIFICATION FACEBOOK KE GMAIL


Facebook adalah rangkaian sosial yang diasaskan pada Februari 2004 oleh  Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya. Sehingga kini, terdapat lebih 955 juta pengguna aktif diseluruh dunia dan kebanyakannya disebabkan peningkatan populariti smartphone.

Gmail adalah penyedia perkhidmatan mail elektronik(e-mail) yang diasaskan oleh Google. Ia dilancarkan pada tahun yang sama facebook dilancarkan iaitu 2004.

Sambal belacan pula adalah makanan pedas yang digemari rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur. Ia terdiri daripada cili, belacan, limau kasturi, garam dan kadang-kadang dimasukkan juga gula.

Tentu korang tertanya-tanya kenapa saya membuat senarai bodoh yang nampak takda kena-mengena dengan politik Malaysia ni. Dan kenapa pula sambal belacan perlu ditambah dengan gula dan garam padahal nanti hilang la pedasnya.