IKLAN

Thursday 29 November 2012

TIPS KURANGKAN MASALAH "UNABLE TO CONNECT" DAN LOADING MEMANJANG SEMASA GUNA TRICK OPERAMINI MAXIS YANG TAK BEST KAT ANDROID

Ambik kau, gedabak punyak panjang tajuk post kali ni. Memang padan dengan masalah yang melanda pengguna operamini maxis tegar dengan handphone android. Entah mana silapnya, trick maxis cukup susah nak 'lekat'.


Kelemahan trick maxis diandroid berbanding hanphone symbian adalah ia susah nak connect dan selalu je 'disconnect'. Kadang-kadang, selepas beberapa mini browsing, ia akan loading dalam tempoh yang lama lepas tu disconnect. Kat sini saya akan bagi beberapa tips simple macam mana nak bagi trick boleh tembus disamping kurangkan masalah disconnect ni.

TRICK OPERAMINI MAXIS ANDROID


Saya sebenarnya agak menyampah dengan Maxis sebab kegigihan mereka memblock trick-trick baru tak kiralah trick operamini mahupun trick bumi, kalau ada je cgi-cgi yang power, mesti kena block lepas beberapa hari. Dan, kalau korang perasan, dalam blog ni, saya lebih banyak share trick pasal Celcom je..hehe.

Tetapi, disebabkan ada yang mencari trick-trick maxis kat sini dan demi tak menghampakan harapan pelawat-pelawat blog ni, saya akan sharekan satu trick operamini maxis yang dah lapuk untuk handphone android.

Sunday 25 November 2012

CARA EDIT FILE ANDROID


Bagi pengguna handphone java atau symbian, korang agak beruntung sebab ada banyak tools untuk edit file-file berformat tersebut. Tetapi bagi pengguna android pula, masih tak banyak software yang boleh digunakan untuk edit format apk ni. Kalau ada pun, sama ada asyik 'crash' ataupun yang takda GUI(Graphical User Interface) iaitu dalam bentuk CMD. Bagi sesiapa yang tahu pasal programming bolehlah guna tapi yang newbie macam saya ni, 'merangkak' la jawabnya.

Ok, pada post kali ni, saya akan tunjukkan macam mana nak dicompile dan compile semula file beformat .apk ni. Bagi yang tertanya-tanya kenapa nak edit file tu, rasanya korang dah tersilap baca blog ni..hehe. Tujuannya samada nak edit file .apk sedia ada contohya tukar ikon, filename, interface, tukar'ahem'server dan disamping tu boleh jugak la korang belajar sikit-sikit tentang file android ni.

Thursday 22 November 2012

RENAME MULTIPLE FILE SERENTAK MACAM PRO

Kadang-kadang, kita akan menghadapi situasi dimana harddisk dipenuhi dengan file-file yang tak bernama ataupun yang disusun secara membabi-buta tanpa dibagi nama yang senang diingati. Tugas nak 'merename' file-file tu pulak memang leceh kena pulak kalau ada beribu-ribu file tak kiralah samada file gambar ataupun video.


Sebenarnya kalau korang guna windows, korang boleh rename je file-file tu dengan select semua file(Ctrl+A) dan click F1. Tapi nama file yang baru akan diakhiri dengan (1), (2), (3) dan seterusnya. Kalau korang boleh terima nama file yang tak senonoh ni, lantaklah. Tapi kalau korang nak gambar-gambar yang ada nama yang elegen dan lebih professional, sila teruskan membaca.

Friday 16 November 2012

BYPASS DOWNLOAD TIMER DENGAN OPERAMINI

Opera mini memang browser yang best. Tak salah kalau saya katakan yang opera mini ni dicipta untuk orang-orang yang tak cukup bajet. Dah la ringan, ada Interface yang simple dan mudah digunakan dan paling best sekali sebab boleh buat trick internet free..hehe. Memang tak dinafikan browser lain pun boleh buat trick internet percuma, tapi takda yang mampu mengalahkan browser ni.   


Bagi kaki-kaki download, kerap kali korang akan terjumpa dengan link-link yang ada timer macam Adf.ly, Linkbuck.com & Adfoc.us dan korang perlu tunggu beberapa saat supaya dapat skip timer tu. Bagi browser kat PC mahupun browser bumi, hal ni takda masalah, tapi akan menjadi masalah besar kalau guna operamini sebab timer tu takkan bergerak. 

DOWNLOAD PES 2012 ANDROID GAME


Pro Evolution Soccer 2012 (abbreviated to PES 2012 and known officially as World Soccer: Winning Eleven 2012 in Asia) is a video gamewhich is the eleventh edition in the Pro Evolution Soccer series developed and published by Konami with production assistance from the Blue Sky Team.

PES 2012's gameplay is primarily a refinement of PES 2011, with many improvements and changes in areas such as artificial intelligence, speed, animation, and physics. -WIKIPEDIA.

Monday 12 November 2012

SKIP ADS YANG ANNOYING DENGAN GOOGLE CHROME


Pernah tak korang mendownload tak kira la movie, games atau hentai sekalipun dalam kuantiti yang banyak, maksudnya bila file tu dah terlampau besar, so terpaksa la dipecah-pecahkan kepada saiz yang kecil. Selalunya terjadi kalau korang download kat Mediafire, Rapidshare, Zippyshare dan lain-lain lagi.

Mesti korang akan selalu jumpa url shortening service macam adfoc.us, Linkbucks.com, Adf.ly dan macam-macam mak nenek lagi. Memang la kita faham, service ni digunakan oleh uploader sebagai sumber buat duit mereka, tapi kalau tiap-tiap link download ada saja url shortening service ni, mesti la menyampah gila sebab nak kena tunggu 5 ke 6 saat untuk skip timer tu. 

Sunday 11 November 2012

TRICK OPERAMINI CELCOM ANDROID ICS


Sebelum ni saya pernah buat post pasal trick celcom simple untuk android. Trick tu sebenarnya saya test dengan Xperia X8 super dewa saya dan memang berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang kompromi. Pun begitu, lantaran kehendak semasa disamping pengaruh rakan sebaya, saya telah terbeli sebijik lagi handphone android yang di kuasakan dengan android 4.0.4(ICS). Punya la syok dapat handphone baru, dan benda pertama mestilah buat trick internet free kan..hehe.

Wednesday 7 November 2012

FREE VPN DENGAN ANONYWISER



Lebih kurang sebulan yang lepas saya ada membuat post tentang trick Celcom free VPN dan berpusu-pusu la orang follow blog ni untuk dapatkan config file tu. Saya nak minta maaf kalau ada sesiapa yang masih belum saya reply komennya, memang bukan selalu pun buka blog..hehe. Sejak post tu dibuat dah lama saya tak bukak trick tu sebenarnya, maklumlah guna broadband. Rupa-rupanya bila buka, trick tu dah tak boleh jalan lagi.. Adat la barang free kan? tak kekal lama punya..hehe.

Beberapa hari yang lepas juga saya ada janji untuk postkan trick VPN baru kat sesiapa yang masih tercari-cari trick Celcom VPN kat PC ni. Trick ni sebenarnya tak la baru sangat pun, dah lebih empat bulan berlegar-legar di angkasa raya ni, cuma takda expose sangat.

Sunday 4 November 2012

CARA CHEAT PC GAME SECARA MANUAL


Manusia dilahirkan dengan pelbagai sifat dan citarasa yang berbeza, ada yang suka membela binatang, ada yang suka kumpul setem dan ada pulak yang suka kumpul seluar dalam..hehe. Saya sendiri adalah penggemar anime, manga dan kaki main game yang tegar, jadi kalau berkesempatan, memang selalu habiskan masa dengan bermain game. Kalau blog lambat update, memang ada la anime/manga ataupun game-game baru yang saya tengah layan(alasan seorang pemalas..hehe).

Bercakap tentang game, pernah tak korang bermain game tak kisahlah di PC, PS2/PS3 mahupun Xbox dengan manggunakan trainer ataupun cheat? Apa, tak pernah? nampak sangat menipunya..hehe. Pada kali ni saya akan kongsikan dengan korang tentang cara-cara macam nak buat cheat/trainer yang simple dengan menggunakan software Cheat engine.